
PETALING JAYA: Setakat 3 petang, secara purata seramai 58.7% pengundi berdaftar keluar mengundi, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Pada PRN kali ini, seramai 9,773,571 pengundi berdaftar layak memilih di Selangor, Negeri Sembilan, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan, dan Terengganu
Setakat ini, Terengganu mencatatkan peratusan keluar mengundi tertinggi pada 64%, diikuti Kedah (63%). manakala Kelantan merekodkan peratusan terendah, sebanyak 51%.