Tiada dalam perlembagaan, PRN boleh ubah kerajaan pusat, kata Azalina

Tiada dalam perlembagaan, PRN boleh ubah kerajaan pusat, kata Azalina

Menteri undang-undang itu meminta pihak yang membuat kenyataan itu mengemukakan undang-undang yang dirujuk mereka.

ALOR SETAR:
Tiada peruntukan di dalam Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan keputusan PRN di enam negeri pada 12 Ogos ini akan membawa perubahan kepada pentadbiran kerajaan di peringkat persekutuan.

Menteri Undang-Undang dan Reformasi Institusi Azalina Othman Said berkata beliau hairan bagaimana perkara itu boleh dibangkitkan dan menggesa pihak berkenaan mengemukakan peruntukan atau undang-undang yang dirujuk oleh mereka.

“Saya dah buka Perlembagaan banyak kali, saya baca tiada pula (peruntukan).. .mungkin undang-undang lain yang dia baca,” katanya pada sidang media selepas melawat Jabatan Insolvensi Malaysia Kedah.

LAPORAN PENUH

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.