Kabinet lulus cadangan dasar had tempoh jawatan PM 10 tahun

Kabinet lulus cadangan dasar had tempoh jawatan PM 10 tahun

Menteri Undang-undang dan Reformasi Institusi Azalina Othman Said berkata beberapa pindaan Perlembagaan akan dilakukan untuk mengukuhkan cadangan itu.

cabinet meeting
Menteri Undang-undang dan Reformasi Institusi Azalina Othman Said berkata keputusan itu dibuat selepas Jemaah Menteri meneliti input dasar, pandangan awam serta syor melalui sesi libat urus holistik. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Cadangan dasar mengehadkan tempoh jawatan perdana menteri kepada 10 tahun atau dua penggal penuh dipersetujui Jemaah Menteri semalam.

Menteri Undang-undang dan Reformasi Institusi, Azalina Othman Said, berkata beberapa pindaan Perlembagaan Persekutuan akan dilakukan untuk mengukuhkan cadangan itu.

“Keputusan ini dibuat selepas Jemaah Menteri meneliti secara menyeluruh input dasar, pandangan awam serta syor yang dikemukakan melalui sesi libat urus holistik dengan pembabitan pelbagai pihak berkepentingan,” katanya menurut Berita Harian.

Beliau berkata, cadangan itu bagi mengelakkan penumpuan kuasa berlebihan, memperkukuh sistem demokrasi dan meningkatkan kepercayaan rakyat terhadap institusi kepimpinan negara selaras amalan demokrasi matang peringkat antarabangsa.

Perdana Menteri, Anwar Ibrahim pada 5 Jan lalu memaklumkan kerajaan akan membentangkan rang undang-undang (RUU) mengehadkan tempoh jawatan perdana menteri tidak lebih 10 tahun atau dua penggal penuh.

Beliau dilaporkan berkata, RUU itu antara langkah reformasi institusi dilaksanakan kerajaan sebagai hala tuju pada sesi Parlimen tahun ini.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.