
BUKIT MERTAJAM: Calon Pakatan Harapan (PH) daripada PKR bagi kerusi DUN Machang Bubuk, Lee Khai Loon dilaporkan pengsan di pusat khidmatnya di sini.
Timbalan Pengerusi PKR Pulau Pinang, Muhammad Bakhtiar Wan Chik berkata, Lee, 45, rebah sebaik tiba di pusat khidmatnya selepas pulang daripada berkempen di kawasan Machang Bubuk kira-kira 11 pagi tadi.
“Khai Loon mungkin keletihan akibat cuaca panas pagi ini, namun beliau telah sedar seketika tadi dan dalam keadaan stabil sekarang, tiada apa-apa (penyakit) yang serius dengan Khai Loon…beliau tidak dihantar ke hospital dan berehat di rumahnya hari ini,” katanya ketika dihubungi Bernama.