Bersatu buat laporan terhadap Anwar, Zahid atas ‘ugutan’, ‘suapan’ pilihan raya

Bersatu buat laporan terhadap Anwar, Zahid atas ‘ugutan’, ‘suapan’ pilihan raya

Seorang pemimpin Pemuda menuduh perdana menteri dan timbalannya melakukan salah guna kuasa dan menawarkan rasuah.

PETALING JAYA:
Seorang ahli Bersatu membuat dua laporan polis, satu terhadap Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan satu lagi terhadap timbalannya, Zahid Hamidi, berhubung kenyataan mereka baru-baru ini.

Ketua Pemuda Bersatu Kuala Lumpur Safwan Manoga menuduh Anwar mengugut untuk menyiasat seteru politiknya jika mereka tidak “memulangkan wang dan harta yang dicuri daripada rakyat”.

Laporan terhadap Zahid pula berhubung pengumumannya pada Jumaat lepas mengenai geran RM500,000 untuk belia di Terengganu, di mana beliau didakwa meminta mereka mengundi “gelombang biru dan merah” pada PRN.

LAPORAN PENUH

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.