
SEREMBAN: Selepas kegagalannya memenangi mana-mana kerusi Parlimen di Negeri Sembilan pada PRU 15 tahun lepas, timbul persoalan sama ada Perikatan Nasional (PN) akan melakukan lebih baik pada PRN 12 Ogos nanti.
“Bersatu tidak mempunyai sokongan akar umbi yang kuat di Negeri Sembilan,” kata Jamaie Hamil dari Universiti Kebangsaan Malaysia kepada FMT sambil memetik keputusan PRN 2018 di mana parti itu gagal memenangi sebarang kerusi.
Beliau berkata Bersatu juga sama, biarpun bertanding di bawah lambang Pakatan Harapan dan mengggunakan sentimen anti-Barisan Nasional (BN).