
PETALING JAYA: Bersih menggesa pihak berkuasa menyiasat Presiden PAS Abdul Hadi Awang kerana memakai “vest” yang memaparkan logo parti semasa membuang undi hari ini.
Ini susulan seorang pengguna Twitter memuat naik gambar Hadi mengundi dengan memakai pakaian memaparkan logo PAS, yang menurut Pengerusi Bersih Thomas Fann, satu kesalahan pilihan raya.