Laluan ke pusat pengundian dinaiki air, bomba bantu pengundi

Laluan ke pusat pengundian dinaiki air, bomba bantu pengundi

KOTA KINABALU: Seramai 40 pengundi terpaksa dibantu pasukan bomba untuk ke pusat pengundian di Sekolah Kebangsaan (SK) Rancangan Belia, di Sook, selepas laluan utama ke pusat pengundian berkenaan dinaiki air sehingga ke paras pinggang. Jurucakap bomba Sabah berkata, kesemua pengundi berkenaan diambil dan dihantar menggunakan lori bomba daripada simpang jalan Rancangan Belia ke pusat pengundian...

KOTA KINABALU:
Seramai 40 pengundi terpaksa dibantu pasukan bomba untuk ke pusat pengundian di Sekolah Kebangsaan (SK) Rancangan Belia, di Sook, selepas laluan utama ke pusat pengundian berkenaan dinaiki air sehingga ke paras pinggang.

Jurucakap bomba Sabah berkata, kesemua pengundi berkenaan diambil dan dihantar menggunakan lori bomba daripada simpang jalan Rancangan Belia ke pusat pengundian dengan operasi kini masih lagi dijalankan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.