
PETALING JAYA: Ketua Polis Negara, Acryl Sani Abdullah Sani, menafikan dakwaan bahawa beliau menghubungi Presiden PKR, Anwar Ibrahim, malam tadi kononnya agar bersiap sedia untuk membentuk kerajaan.
Ia selepas Anwar yang juga pengerusi Pakatan Harapan (PH) mendakwa mampu memenangi 112 kerusi Parlimen pada pilihan raya umum ke-15 (PRU-15) dan ketua polis negara telah menghubungi memintanya bersedia.