Masakan tradisional kekal asli dengan dapur canggih

Masakan tradisional kekal asli dengan dapur canggih

Buku masakan ini dihasilkan secara kolaborasi ini memberi pilihan dan panduan berguna kepada pengguna dapur Thermomix®.

Suriya-Abdullah
fmt-ohsem-inside-article1Masakan tradisional tidak banyak berubah tetapi cara memasak dan peralatan memasak yang digunakan pada masa kini banyak mengalami revolusi.

Daripada batu lesung dan batu giling misalnya, kini kita mempunyai mesin pengisar, daripada menggunakan kuali, kini kita menggunakan mesin penggoreng, mengukus pun boleh guna mesin gelombang mikro.

Ini bermakna memasak menjadi lebih mudah, menjimatkan masa dan ”handy”. Tetapi adakah ia akan menyukarkan kita mengekalkan rasa masakan tradisional itu?

Menurut wanita ini, jawapannya tidak kerana walau secanggih mana pun peralatan memasak yang digunakan, ia tetap mengekalkan “air tangan” masakan tradisi turun-temurun yang diwarisinya itu.

ricechicken
Suriya Abdullah yang berusia lingkungan 40-an ditemui ketika pelancaran buku masakan Thermomix® yang pertama seumpamanya, menumpu kepada masakan Melayu tradisional, iaitu ”The Malay Kitchen, Recipes for Thermomix®”.

Selaku pengarang dan pemilik resepi tradisional yang dikongsi dalam buku tersebut, Suriya berkata memasak bukan sahaja lebih sedap malah mudah dengan penggunaan Thermomix® kerana peralatan dapur pelbagai fungsi itu menggabungkan lebih 12 fungsi alat-alat lain dalam satu tanpa menjejaskan keenakan rasa makanan.

“Buku ini mengetengah lebih 60 resipi makanan tradisional Melayu merangkumi makanan ringan, hidangan utama dan pencuci mulut yang merupakan masakan kegemaran keluarga saya.

“Ketika menulis dan memajukan resipi-resipi ini, setiap hidangan diuji berulang kali untuk memudahkan langkah memasak, mengurangkan minyak dan kandungan garam serta gula demi menghasilkan jaminan kesedapan masakan melalui pengawalan masa, suhu dan kelajuan tepat Thermomix®,” kata Suriya.

Thermomix® terkenal sebagai peneraju inovasi dan kecemerlangan dengan kejuteraan Jerman yang diilhamkan untuk teknologi dapur.

kacang2
Buku masakan ini dihasilkan secara kolaborasi ini memberi pilihan dan panduan yang berguna kepada para pengguna dapur Thermomix® ini.

”The Malay Kitchen, Recipes for Thermomix®” edisi dwibahasa iatu bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris menawarkan langkah memasak hidangan Melayu seperti rendang ayam nogori, nasi kampung, ayam pedas, kacang botol goreng bercili, acar, agar-agar gula Melaka, udang goreng kunyit, kuih-muih Melayu tradisional dan banyak lagi.

“Kita semua tahu, masakan Melayu terkenal dengan rasanya yang mesra selera hasil pengalaman dalam menguasai bahan utama. Maka, menjadi hasrat kami untuk mengeluarkan buku masakan dihiasi pelbagai resipi menarik dan beraneka perisa, bercirikan pengaruh Melayu tersendiri untuk dinikmati oleh komuniti Thermomix® global.

“Buku ini menyediakan perancangan menu, panduan dan petua berguna yang akan membantu anda menjimatkan masa memasak di dapur. Selain itu, terdapat juga gambar rempah-ratus, herba dan bahan-bahan yang biasa digunakan untuk memudahkan para pengguna menghalusi hidangan Melayu. Kini, semua boleh masak aneka sajian Melayu klasik dengan Thermomix®”, kata Pengarah Eksekutif Thermomix® Malaysia, JH Lim.

malaykec
Suriya akui mula memasak sejak berusia 8 tahun ketika menolong ibunya. Kini Suriya bangga meneruskan tradisi keluarga dan sedia berkongsi warisan masakan Melayu kepada generasi seterusnya.

Sebagai teman dapurnya, Thermomix® katanya, ideal untuk setiap orang dan tidak lagi membosankan.

Buku masakan itu pula adalah sambutan kepada golongan keluarga Malaysia yang inginkan alternatif makanan lebih sihat termasuk manisan dan pastri.

Pelancaran ”The Malay Kitchen, Recipes for Thermomix®” diadakan di pejabat Thermomix Malaysia di Sunway Damansara dengan sesi demonstrasi memasak oleh Suriya.

Suriya menunjukkan 5 masakan klasik Melayu iaitu rendang ayam nogori, udang goreng kunyit, kacang botol goreng bercili, nasi kampung , dan agar-agar gula Melaka.

Kesemua resipi masakan menggunakan Thermomix® yang boleh didapati dalam buku The Malay Kitchen, Recipes for Thermomix® pada harga RM160.00 dengan melayari www.Thermomix.com.my.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.