
Imej pada cawan kopi edisi percutian McCafe oleh McDonald’s di Amerika Syarikat (AS) dan United Kingdom (UK) menjadi buah mulut selepas “diubahsuai” seorang lelaki sehingga menjadi viral.Imej asal, sepasang sarung tangan (sempena musim sejuk) dengan pesanan “warmest greeting” di tengah lakaran diubahsuai dengan menambah lukisan tangan pada bahagian tepinya.
Ia sekaligus ditafsir secara songsang oleh orang ramai kerana ia seolah-olah menggambarkan bahagian punggung dan bukannya sarung tangan.
Manakala, McDonald’s dalam kenyataan kepada Huffington Post menyatakan, “Lakaran yang terkandung dalam cawan edisi percutian kami adalah imej sarung tangan tanpa tangan. Imej ubah suai yang sedang viral dalam media sosial menunjukkan kelakuan nakal seseorang dengan menambah lukisan tangan itu.”
Turut dikesan beberapa gambar lakaran lain yang lebih nakal oleh pengguna dan imej tersebut sedang viral di laman sosial.