
Tertuduh, D Vivekananthan, 43, membuat pengakuan demikian di hadapan Hakim Elesabet Paya Wan.
Mengikut pertuduhan, Vivekananthan sebagai ejen kerajaan Malaysia iaitu pegawai tentera berpangkat pegawai pemerintah 9 Skuadron Rejimen Askar Jurutera Diraja (9 SKN RAJD) Kem Terendak, didakwa menggunakan dengan niat untuk memperdayakan prinsipalnya, Kementerian Pertahanan.
Tertuduh didakwa menggunakan suatu dokumen yang mana Kementerian Pertahanan mempunyai kepentingan dan tertuduh mempunyai sebab untuk mempercayai ianya mengandungi butir matan palsu, lapor Kosmo.
Berdasarkan semua lima pertuduhan, tertuduh mengemukakan invois palsu membabitkan lima syarikat berbeza yang mana sebenarnya pembekalan bahan mentah dan kerja senggaraan fasiliti pasukan tentera yang tidak dilakukan.
Ia termasuk pembinaan bengkel latihan, pondok skuad, stor latihan, garaj balai pengawal, bilik sejarah serta blok penginapan.
Kesalahan itu dilakukan antara 12 Mac hingga 19 Nov 2024 di pejabat pasukan berkenaan di Melaka Tengah melibatkan lima invois berjumlah keseluruhan RM225,018.75.
Vivekananthan didakwa mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai tuntutan atau RM10,000, mana yang lebih tinggi jika sabit kesalahan.