
Ketua Polis Seremban, Azahar Abdul Rahim, berkata ibu mangsa yang berusia 25 tahun membuat laporan pada hari sama memaklumkan terdapat kesan kecederaan selepas mengambil anak daripada pengasuh pada 5.10 petang.
“Mangsa dibawa ke Hospital Tuanku Ja’afar dan pemeriksaan mengesahkan terdapat kesan kuku dan melecet pada dada serta lebam pada pipi kiri.
“Bayi itu kini ditahan di Wad Pediatrik untuk pemerhatian lanjut dan berada dalam keadaan stabil,” menurut kenyataan.
Susulan itu, polis menyiasat pengasuh berusia 46 tahun itu mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak.
Siasatan awal mendapati wanita itu menjalankan aktiviti mengasuh selama dua tahun namun tidak berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Dalam perkembangan berasingan, polis sedang mengesan tiga lelaki dipercayai terlibat membaling mercun ke rumah milik warga emas di Senawang, Sabtu lepas.
Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian menghubungi talian hotline IPD Seremban menerusi 06-603 3222 atau hadir ke balai polis berhampiran untuk membantu siasatan.