
Pengarah Revenue dan Perniagaan Baharu, Opal Wu, berkata pembeli kini semakin bergantung pada kandungan untuk membuat persiapan, dan acara di The Yard, Sentul Depot, Kuala Lumpur ini memberikan gambaran awal tentang trend perayaan.
“Semakin ramai rakyat menggunakan kandungan untuk mencari produk dan membandingkan pilihan menjelang Ramadan dan raya. Apabila pembeli menonton ‘livestream’, video pendek, dan cadangan daripada pencipta, penjual dapat menjangkau pelanggan baharu, pencipta kandungan memperoleh peluang menjana pendapatan, dan pembeli pula dapat membuat keputusan dengan lebih yakin,” katanya.

Data Shopee menunjukkan perubahan ini, menurut platform e-dagang terkemuka itu dalam kenyataan. Pada 2025, platform tersebut mencatat lebih 7 bilion tontonan di Shopee Live dan Shopee Video.
Penjual yang menggunakan ciri ini menggandakan jumlah pesanan sepanjang kempen raya, manakala kandungan yang dipacu ‘affiliate’ mencatat peningkatan pesanan sebanyak tiga kali ganda, katanya.
Bagi tahun ini, Shopee memperluaskan pendekatan ini menerusi kempen Shopee Bazar Hebat Ramadan, dengan lebih banyak ‘livestream’, kandungan daripada pencipta, serta hiburan di Shopee Live dan Shopee Video, bagi menjadikan pengalaman beli-belah lebih berpatutan, menarik, dan mudah diakses untuk semua.
Kempen ini membina momentum siri siaran langsung fesyen mingguan #GRWS di aplikasi, yang turut dihidupkan di acara Shopee House. Konsep ini dibawakan secara fizikal melalui pertunjukan fesyen yang menampilkan koleksi Ramadan dan raya eksklusif Shopee daripada jenama tempatan seperti Siti Khadijah, Naelofar, Bulan Bintang, dan Adnaa.
Malah, pembeli boleh mendapatkan tip gaya daripada duta jenama Mimi Fly dan Hael Husaini menerusi Shopee Raya Fashion Lookbook, yang menampilkan label popular serta kolaborasi produk eksklusif, katanya.
Wu menegaskan pembeli hari ini mahukan inspirasi, nilai dan kemudahan dalam satu tempat.
“Dengan menghubungkan pembeli, penjual, dan afiliate melalui kandungan, kami mewujudkan ekosistem perayaan yang lebih inklusif, di mana perniagaan kecil boleh berkembang dan rakyat dapat menikmati pengalaman beli-belah berteraskan kandungan sambil membuat persiapan raya dengan lebih mudah,” katanya.