KL sesak luar biasa kerana kenderaan masuk mendadak

KL sesak luar biasa kerana kenderaan masuk mendadak

Sistem polis merekodkan lebih tiga juta kenderaan memasuki KL dari 1 Feb hingga semalam.

traffic jammed
KL dilaporkan sesak luar biasa ketika rakyat buat persiapan Tahun Baharu Cina.
KUALA LUMPUR:
Peningkatan mendadak kenderaan memasuki pusat bandar menyumbang kepada kesesakan luar biasa di Kuala Lumpur sejak minggu lalu, menurut polis.

Perkembangan ini di kala rakyat membuat persiapan Tahun Baharu Cina yang jatuh pada 17 Feb ini, manakala polis melancarkan Op Selamat 25 bagi mengurangkan kemalangan maut dan kesesakan lalu lintas sepanjang musim perayaan.

“Data Sistem Maklumat Trafik Bersepadu (ITIS) merekodkan lebih tiga juta kenderaan memasuki Kuala Lumpur dari 1 Februari hingga semalam,” kata Ketua Polis Kuala Lumpur, Fadil Marsus, pada sidang media.

Faktor lain yang menambah volum trafik termasuk kemalangan, cuaca, dan beberapa acara rasmi peringkat kebangsaan, manakala struktur jalan di beberapa lokasi dan peningkatan jumlah kenderaan secara berantai turut menjejaskan kelancaran tarfik.

Bagi menangani situasi ini, polis menempatkan anggota tambahan di kawasan tumpuan, khususnya di pusat membeli-belah dan laluan keluar-masuk utama, selain memanjangkan tempoh kawalan trafik melepasi waktu puncak.

Tempoh lampu isyarat di persimpangan berkapasiti tinggi turut diselaraskan, dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan pengurusan lebuh raya.

“Kita juga mempunyai pasukan respons kecemasan bagi mengendalikan kemalangan atau insiden dengan segera bagi mengelakkan kesesakan berpanjangan,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.