STR bantu peniaga kecil hadapi tempoh sukar, legakan beban

STR bantu peniaga kecil hadapi tempoh sukar, legakan beban

Sumbangan Tunai Rahmah membantu peniaga kecil-kecilan seperti Betty Ismail yang terputus pendapatan seketika untuk menyara kehidupan.

Sumbangan Tunai Rahmah ibu tunggal, Betty Ismail
Sumbangan Tunai Rahmah melegakan ibu tunggal, Betty Ismail, 51, apabila membantunya mendapatkan keperluan asas ketika keadaan mendesak.
KUALA LUMPUR:
Dalam berniaga ada pelbagai risiko termasuk terpaksa menutup operasi akibat keadaan luar jangka.

Itu dihadapi seorang peniaga kecil-kecilan, Betty Ismail apabila gerainya terpaksa ditutup seminggu untuk memberi laluan kepada kerja naik taraf, baru-baru ini.

Keadaan itu menjejaskan pendapatan ibu tunggal berusia 51 tahun itu yang membesarkan empat anak masih bersekolah.

“Disebabkan tidak dapat berniaga seminggu, pendapatan tersekat. Mujur ada STR, ia sangat membantu,” katanya.

Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 1, mula diagihkan 20 Jan lepas yang memanfaatkan 3.7 juta isi rumah dengan peruntukan keseluruhan RM1.1 billion. Penerima akan menerima sebanyak RM100 sehingga RM500, mengikut kategori kelayakan masing-masing.

Sumbangan Tunai Rahmah ibu tunggal, Betty Ismail
Betty Ismail berniaga secara kecil-kecilan demi menampung kehidupan selain menyara empat daripada enam orang anaknya.

Selain itu, Betty yang turut berniaga kuih-muih berkata pengagihan bantuan berkenaan tepat pada masanya ketika saat mendesak, terutama apabila dia menyara empat daripada enam orang anaknya.

Katanya, langkah kerajaan melakukan pengagihan kepada empat fasa juga memudahkan kebanyakan penerima, termasuknya yang boleh merancang kewangan.

“Ada orang suka dapat sekali gus tetapi ia boleh menyebabkan bantuan ini cepat habis. Usaha kerajaan menyalurkan dalam empat fasa membolehkan kita merancang kewangan dengan baik.

“Ini amat membantu terutama ketika dalam keadaan mendesak. Walaupun ada anak yang masih bersekolah turut bantu buat kerja sambilan, bantuan ini boleh meringankan beban kami sekeluarga,” katanya.

STR diagihkan secara berfasa dengan Fasa 1 pada bulan ini, diikuti April bagi Fasa 2, Ogos bagi Fasa 3 dan Okt/Nov bagi Fasa 4.

Peruntukan keseluruhan STR dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) bagi 2026 berjumlah RM15 billion, yang tertinggi dalam sejarah kerajaan persekutuan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.