
Pengarahnya Wandi Yadzid Yaakob memberitahu FMT, pegawai jabatan itu telah diarahkan untuk mengesahkan aduan berkenaan.
Ia selepas Harakah yang memetik Ketua Penerangan PAS Ahmad Fadhli Shaari semalam, mendakwa ladang ternakan babi di kawasan tersebut membuang sisa babi tanpa rawatan yang sewajarnya atau tanpa mematuhi peraturan, sehingga mengalir ke Selat Melaka.
Beliau mengaitkan perkara itu dengan kegagalan pengurusan sisa yang betul di ladang berkenaan dan berkata sisa tersebut dapat dilihat mengalir terus ke laut.
Fadhli berkata keadaan itu bukan sahaja menimbulkan ketidakselesaan kepada penduduk berhampiran, malah menjadi ‘bom jangka’ yang boleh memusnahkan hidupan marin di kawasan itu sekiranya tidak ditangani segera.
Beliau menggesa kerajaan persekutuan campur tangan melalui Jabatan Alam Sekitar dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar.
Pada 12 Jan, Exco Selangor Izham Hashim berkata kerajaan negeri akan menutup ladang ternakan babi di Kampung Ladang Tumbuk, Tanjung Sepat.
Beliau berkata pembaharuan lesen tidak akan diluluskan sehingga penternak berpindah ke kawasan penternakan babi berpusat di Bukit Tagar, iaitu tapak seluas kira-kira 202 hektar yang sedang dibangunkan sebagai kemudahan sistem tertutup lengkap dengan zon penampan bagi menangani masalah bau dan pencemaran.