2 ijazah tak diterima kelayakan duduki CLP

2 ijazah tak diterima kelayakan duduki CLP

Lembaga Kelayakan Profesion Undang-Undang kata dua universiti berkenaan adalah University of Adelaide dan University of Waikato.

lawyer peguam
Lembaga Kelayakan Profesion Undang-Undang berkata keputusan itu dibuat selepas satu penilaian berkala terhadap universiti di United Kingdom, Australia dan New Zealand.
PETALING JAYA:
Mulai 1 Jan tahun depan, ijazah undang-undang daripada dua universiti di Australia dan New Zealand tidak lagi diterima sebagai kelayakan untuk peguam menduduki peperiksaan Sijil Amalan Guaman (CLP).

Dua universiti berkenaan adalah University of Adelaide dan University of Waikato. Keputusan itu tidak menjejaskan pelajar yang telah mendaftar bagi kursus tersebut sebelum tarikh berkenaan.

Ijazah daripada sembilan universiti baharu di United Kingdom dan Australia pula diterima mulai 1 Jan tahun ini, menurut Lembaga Kelayakan Profesion Undang-Undang dalam satu notis minggu lalu.

Universiti tersebut ialah City St George’s, University of London, Durham University, Lancaster University, Newcastle University, Swansea University, Teesside University, University of Law dan University of York (kesemuanya di UK), serta University of New England di Australia.

Setiausaha lembaga, Zamri Bakar, berkata keputusan itu dibuat selepas satu penilaian berkala terhadap universiti di United Kingdom, Australia dan New Zealand, yang mana graduan ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (LLB) perlu lulus peperiksaan CLP sebelum layak mengamal undang-undang di Malaysia.

Beliau berkata semakan itu merupakan sebahagian daripada langkah berkala lembaga bagi memastikan ijazah undang-undang yang diiktiraf selaras dengan piawaian dan keperluan profesion guaman di Malaysia.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.