Kertas siasatan babit pegawai ATM diserah kepada pendakwa raya

Kertas siasatan babit pegawai ATM diserah kepada pendakwa raya

SPRM turut sertakan cadangan pertuduhan untuk diteliti pihak pendakwa raya.

macc sprm
Kertas siasatan membabitkan pegawai tertinggi ATM diserahkan kepada pendakwa raya hari ini, kata SPRM.
KUALA LUMPUR:
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengemukakan kertas siasatan membabitkan pegawai tertinggi angkatan tentera Malaysia (ATM) berhubung Ops Parasit dan Ops Star kepada pendakwa raya, bagi tujuan kajian serta arahan lanjut.

Kertas siasatan diserahkan hari ini bersama cadangan pertuduhan untuk diteliti pihak pendakwa raya.

“Sebarang perkembangan lanjut berhubung perkara ini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,” kata Ketua Pesuruhjaya Azam Baki dalam kenyataan.

Pada Khamis lepas, media melaporkan sebanyak 23 individu termasuk dua pegawai tinggi dan empat pegawai kanan ATM ditahan SPRM bagi membantu siasatan.

Penahanan berhubung siasatan kes rasuah dan salah guna kuasa melibatkan isu perolehan serta penggunaan dana awam.

Siasatan kes itu bermula sejak 7 Okt tahun lepas, dan disifatkan sebagai sensitif kerana melibatkan pegawai berpangkat tinggi serta kepentingan awam.

“Penahanan ini berhubung dakwaan menerima rasuah daripada beberapa syarikat berkaitan perolehan pembekalan di Tabung Kebajikan Angkatan Tentera dan Kementerian Pertahanan,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.