
Suapan itu didakwa sebagai dorongan bagi penyambungan kontrak perkhidmatan operator gambar, penjualan cenderamata fotografi serta daripada kontraktor yang mendapat kerja di tempat beliau bertugas.
Lelaki berusia lingkungan 50an itu direman selama enam hari sehingga 9 Feb bagi membantu siasatan, selepas perintah reman dikeluarkan Majistret Sara Afiqah Zulkifli di Mahkamah Majistret hari ini.
Menurut sumber, lelaki itu ditahan pada kira-kira 4.30 petang semalam ketika hadir ke Pejabat SPRM Negeri Sembilan.
“Siasatan awal mendapati suspek dipercayai melakukan perbuatan tersebut antara 2024 hingga 2025 ketika bertugas sebagai pengarah.
“Suspek disyaki menerima wang rasuah antara RM500 hingga RM3,000 setiap bulan melalui transaksi pemindahan wang ke akaun bank peribadi miliknya,” katanya.
Sementara itu, Pengarah SPRM Negeri Sembilan Awgkok Ahmad Taufik Putra Awg Ismail dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan berkata kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.