
Perwakilannya, Ahmad Zaki Shah Shah Headan, mengingatkan gabungan parti-parti Melayu masih tidak boleh membentuk kerajaan, walaupun memenangi semua 15 kerusi DUN majoriti Melayu, daripada 40 kerusi sedia ada.
“Demografi Pulau Pinang memaksa kita berfikir secara strategik. Kami Umno Pulau Pinang mohon pimpinan Umno melihat situasi ini sebelum menentukan hala tuju,” katanya, ketika berucap membahaskan ucapan dasar ketua Pemuda sempena Perhimpunan Agung Umno 2025 di Pusat Dagangan Dunia (WTC).
Kedudukan semasa menyaksikan Pakatan Harapan menduduki 27 kerusi, dengan DAP memegang 19 kerusi, PKR tujuh dan Amanah satu.
Bersama Umno yang menduduki dua kerusi mereka membentuk blok pemerintah.
Pembangkang menduduki 11 kerusi, yang mana PAS dan Bersatu masing-masing menduduki tujuh dan empat kerusi.