Rumah jadi mini kasino, warga Kanada antara 5 ditahan

Rumah jadi mini kasino, warga Kanada antara 5 ditahan

Polis berkata seorang lelaki tempatan dipercayai menjadi penganjur, manakala tiga lagi warga tempatan dan seorang warga Kanada disyaki pemain.

mini kasino sentul
Bahagian Kongsi Gelap, Perjudian dan Gengsterisme IPK Kuala Lumpur berkata lima lelaki ditahan kerana dipercayai terbabit aktiviti perjudian mini kasino jenis poker di sebuah rumah. (Gambar PDRM)
PETALING JAYA:
Lima ditahan dalam serbuan ke atas sebuah rumah di Jalan Sentul Pasar di Kuala Lumpur yang dijadikan mini kasino.

Bahagian Kongsi Gelap, Perjudian dan Gengsterisme (D7) IPK Kuala Lumpur berkata, lima lelaki berusia 23 hingga 42 tahun ditahan kerana dipercayai terbabit aktiviti perjudian mini kasino jenis poker dalam serbuan 12.30 tengah malam kelmarin.

Menurutnya, suspek terdiri daripada seorang lelaki tempatan dipercayai bertindak sebagai penganjur, pemain dan menetap di rumah itu.

“Turut ditahan tiga lagi warga tempatan serta seorang warga Kanada yang dipercayai pemain,’ katanya menurut Berita Harian.

Ia berkata, beberapa peralatan yang digunakan semasa perjudian, termasuk cip perjudian, daun terup dan alas meja poker turut dirampas.

Katanya, semua suspek direman hingga hari ini untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 7(2) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 serta Seksyen 6(3) Akta Imigresen 1959/63.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.