Budak 11 tahun ditemui lemas terjatuh longkang

Budak 11 tahun ditemui lemas terjatuh longkang

Mayat mangsa ditemui tersangkut pada dahan pokok yang tersekat dalam longkang, kira-kira 600m dari lokasi dia dilaporkan terjatuh.

operasi menyelamat
Pasukan Penyelamat di Air dari Balai Bomba dan Penyelamat Masjid Tanah serta Melaka Tengah melakukan operasi mencari dan menyelamat selama dua jam setengah semalam. (Gambar JBPM)
PETALING JAYA:
Seorang kanak-kanak lelaki 11 tahun ditemui lemas beberapa jam selepas terjatuh dalam longkang dan dihanyutkan arus deras di Taman Bidara Permai, Alor Gajah, Melaka.

Ketua Zon 2 Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Melaka, Zulkhairani Ramli, berkata mayat mangsa ditemui tersangkut pada dahan pokok yang tersekat dalam longkang pada 8.35 malam tadi, kira-kira 600m dari lokasi dia dilaporkan terjatuh.

Beliau berkata, operasi mencari dan menyelamat selama dua jam setengah itu dilakukan 10 penyelam Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) dari Balai Bomba dan Penyelamat Masjid Tanah serta Melaka Tengah.

“Kita menggunakan kaedah pergerakan pantas untuk pasukan PPDA disebabkan paras air tinggi dan deras.

“Pencarian perlu dimulakan di permukaan air untuk mengelakkan mangsa bergerak lebih jauh, sekali gus radius pencarian bertambah luas,” katanya menurut Kosmo.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.