Remaja 14 tahun mengaku seks luar tabii anak asuhan ibu

Remaja 14 tahun mengaku seks luar tabii anak asuhan ibu

Dia didakwa melakukan perbuatan itu terhadap kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun pada 14 November lalu.

gavel
Remaja 14 tahun mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Parit hari ini atas pertuduhan melakukan persetubuhan luar tabii terhadap anak asuhan ibunya yang berusia lapan tahun. (Gambar Reuters)
PETALING JAYA:
Seorang remaja 14 tahun mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Parit hari ini atas pertuduhan melakukan persetubuhan luar tabii terhadap anak asuhan ibunya yang berusia lapan tahun, dua minggu lalu.

Tertuduh yang juga pelajar Tingkatan Dua di sekolah menengah di Seri Iskandar itu membuat pengakuan sebaik pertuduhan dibacakan terhadapnya oleh jurubahasa di hadapan Majistret Nurul Izalina Rajaai, lapor Kosmo!.

Berdasarkan kertas pertuduhan, dia didakwa dengan sengaja telah melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii terhadap seorang kanak-kanak lelaki.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah rumah di di Iskandar Perdana, pada 11 pagi, 14 November 2025.

Dakwaan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Wan Mohd Ameerul Nazhif Wan Zulfikri mengendalikan pendakwaan manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) Nur Nadzrah Badarudin.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jaminan RM1,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan sebutan kes pada 29 Disember untuk laporan akhlak.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.