
Pengarah Kanan Siasatan, Zainul Darus, berkata siasatan dilancarkan berikutan Laporan Ketua Audit Negara pada Julai.
“Selain siasatan jenayah rasuah, SPRM turut membuka kertas penyiasatan tatakelola bagi meneliti aspek pengurusan dan kepatuhan tatakelola dalam perolehan itu,” katanya lapor Berita Harian.
Menurut laporan, LKAN mendedahkan tiga tender perolehan UKM berjumlah keseluruhan RM58.45 juta didapati tidak mematuhi prosedur perolehan yang ditetapkan.
Menurutnya, jawatankuasa perolehan tender memilih syarikat yang tidak disyorkan oleh jawatankuasa penilaian teknikal, jawatankuasa penilaian kewangan, dan jawatankuasa pra-tender.
“Terdapat ketidakteraturan yang serius serta kelemahan dalam proses perolehan tender dan tatakelola pengurusan perolehan di UKM,” menurut laporan itu.