
Kenderaan yang membawa ahli politik itu dilihat memasuki pekarangan ibu pejabat SPRM sekitar 10 pagi sebelum beredar pada 6.55 petang, lapor Utusan Malaysia.
Ini merupakan hari kedua beliau hadir untuk dirakam keterangannya oleh agensi antirasuah tersebut.
Bekas menteri itu didakwa menerima rasuah kira-kira RM5 juta serta sebuah kenderaan mewah jenis Lamborghini berhubung urusan pindah milik tanah dan projek pengiklanan papan tanda di Kuala Lumpur.
Menurut sumber, rasuah RM5 juta itu dipercayai diterima daripada sebuah syarikat pembangunan hartanah, manakala kereta mewah tersebut didakwa diberikan oleh sebuah syarikat papan iklan.