
Ketua Polis Shah Alam, Ramsay Embol, berkata tiada tangkapan setakat ini.
“Polis juga masih dalam siasatan untuk semakan lesen, sijil kelulusan dan lain-lain membabitkan taska berkenaan.
“Pemilik cawangan dan pengasas taska sudah dipanggil dan dirakam percakapan,” katanya menurut Berita Harian.
Semalam, polis dilaporkan sedang menyiasat dakwaan seorang kanak-kanak lelaki autisme dikurung di sebuah taska swasta di Shah Alam, selepas menerima tiga laporan.
Polis dilaporkan berkata, siasatan awal mendapati mangsa dihantar ke taska itu sejak berusia kira-kira lima tahun dan kini berumur 11 tahun.
Kes disiasat mengikut Seksyen 31 (1) Akta Kanak-kanak 2001.