
Ketua Polis Melaka, Dzulkhairi Mukhtar, berkata perintah reman terhadap empat calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) itu dikeluarkan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Majistret Melaka, SR Arthana.
“Semua suspek direman enam hari bermula hari ini hingga 16 Okt bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 375B Kanun Keseksaan kerana rogol berkumpulan,” katanya menurut MalaysiaGazette.
Dua suspek berusia 17 tahun itu dilaporkan merogol mangsa berusia 15 tahun bergilir-gilir kira-kira 2.50 petang 2 Okt lalu, ketika gadis itu berjalan ke kelasnya untuk mengambil sesuatu.
Dua daripada suspek dilaporkan melihat dan merakam kejadian itu menggunakan telefon bimbit mereka.
Sementara itu, Kementerian Pendidikan menggesa pentadbir sekolah mematuhi garis panduan dalam mengendalikan kes salah laku seksual bagi menjaga kesejahteraan pelajar dan guru
Katanya, ia memandang serius kes itu dan akan memberi kerjasama penuh kepada polis.
“Tiada kompromi terhadap kes salah laku seksual dan tindakan tegas mesti diambil terhadap sesiapa sahaja yang bersalah,” katanya dalam kenyataan.