Lelaki ditegur merokok serang suami isteri di restoran ditahan

Lelaki ditegur merokok serang suami isteri di restoran ditahan

Dia disyaki bergaduh dengan pasangan itu selepas tidak mengendahkan teguran pasangan itu supaya tidak merokok.

Mohd Iqbal Ibrahim
Ketua Polis Daerah Shah Alam Iqbal Ibrahim berkata polis akan membawa suspek ke Mahkamah Majistret pagi ini untuk mendapatkan perintah reman. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Polis telah menahan seorang lelaki berhubung kejadian serangan membabitkan sepasang suami isteri di sebuah restoran minggu lalu.

Ketua Polis Shah Alam Iqbal Ibrahim memberitahu FMT bahawa suspek ditahan di Shah Alam dan akan dibawa ke Mahkamah Majistret hari untuk perintah reman.

Kejadian di restoran pada Jumaat lalu itu tercetus apabila seorang wanita hamil dan suaminya menegur seorang lelaki supaya berhenti merokok, namun dia enggan.

Selepas ditegur buat kali ketiga, lelaki itu menghampiri pasangan tersebut dan menghembuskan asap rokok ke muka wanita berkenaan, sekali gus mencetuskan pertengkaran.

Lelaki itu, yang melihat wanita tersebut merakam dirinya sedang merokok, turut menepis telefon daripada tangannya sehingga berlaku tolak-menolak antara suspek dan mangsa.

Iqbal sebelum ini berkata kes itu disiasat mengikut kesalahan dengan sengaja mendatangkan kecederaan serta di bawah Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.