Suspek kurung, liwat remaja ditahan di KL

Suspek kurung, liwat remaja ditahan di KL

Polis berkata suspek ditahan di bilik sewanya dan direman tiga hari sehingga esok.

Shazeli Kahar
Ketua Polis Selangor Shazeli Kahar berkata siasatan setakat ini mendapati tiada individu lain menjadi mangsa suspek, yang memilih mangsa secara rawak. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Seorang lelaki yang didakwa mengurung, mendera dan meliwat seorang remaja 14 tahun di Bukit Kemuning dekat Shah Alam, ditahan polis kelmarin.

Ketua Polis Selangor, Shazeli Kahar, berkata suspek ditahan di bilik sewanya di Kuala Lumpur dan direman tiga hari sehingga esok.

Katanya, suspek dipercayai baru berpindah ke Kuala Lumpur dari tempat kejadian di Kota Kemuning, Shah Alam.

Menurutnya, siasatan setakat ini mendapati tiada individu lain menjadi mangsa suspek, selepas laporan polis dibuat, dengan mangsa dipilih secara rawak.

“Suspek juga ada rekod jenayah menjalani hukuman penjara sebelum ini dan semakan mendapati suspek dibebaskan pada April tahun lalu,” katanya menurut Harian Metro di IPK Selangor, Shah Alam.

Beliau berkata, siasatan kes itu belum selesai dan sambungan reman akan dimohon, jika perku.

“Jadi, beri ruang untuk kita lengkapkan siasatan dan insya-Allah saya yakin akan dapat hasil positif terhadap tangkapan.

Jelasnya, suspek bekerja sebagai pemungut hutang dan bergerak menggunakan pelbagai pengangkutan awam.

Beliau berkata, pihaknya turut menyiasat jika syarikat pemungut hutang itu berdaftar.

Polis menerima maklumat kejadian itu selepas mangsa diselamatkan jiran pada 12 Mei lalu.

Ketua Polis Shah Alam, Ramsay Embol dilaporkan berkata, suspek dipercayai memperdaya mangsa dengan mengajak remaja itu berbual sebelum menawarkan pakej internet telefon bimbit, dengan syarat mangsa membantu mengangkat barang dalam rumahnya.

Katanya, remaja itu disyaki diliwat selepas kaki dan tangannya diikat, sebelum mangsa dapat membuka ikatan serta menjerit meminta bantuan melalui tingkap bilik semasa ditinggalkan berseorangan dalam rumah.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.