
Hadi memberitahu perwakilan muktamar tahunan PAS bahawa kenyataan beliau semalam beritahu pemberita supaya ‘cari’ orang yang lebih muda daripadanya.
“Saya jawab kepada pemberita yang umur 70 ke atas macam saya dan mursyidul am tak payah dah, cari yang bawah pada itu yang kuat dan gagah,” katanya lapor Kosmo.
“Saya tuju ucapan ini pada saya, bukan pada orang yang lain sama ada yang hidup atau mati. Pilih siapa yang ada ilmu, kebijaksanaan dan kekuatan untuk memajukan negara.”
Hadi pada sidang akhbar selepas merasmikan muktamar di Alor Setar, Kedah semalam menerangkan kepada pemberita bahawa ilmu, integriti, dan kesihatan perkara diperhatikan PAS dalam soal memilih pemimpin.
Beliau ketika itu menyebut umur bawah 70 ‘gagah dan kuat’, berbanding dirinya yang berusia 78 tahun.
Kenyataan itu menyusul selepas Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu pada 7 Julai lalu menamakan Presidennya Muhyiddin Yassin sebagai calon perdana menteri ke-11 dari parti itu untuk PRU16.
Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh kini berusia 78 tahun.
Majlis tertinggi Perikatan Nasional akan membincangkan isu calon perdana menteri itu, minggu depan.