Ibu Zara Qairina lantik pakar tulisan sendiri

Ibu Zara Qairina lantik pakar tulisan sendiri

Pasukan peguam sudah memohon kepada Mahkamah Koroner untuk membenarkan pakar hadir buat pemeriksaan.

zara qairina
Peguam mewakili ibu Zara Qairina Mahathir berkata pihaknya sudah memohon kepada mahkamah untuk benarkan pakar mereka hadir buat pemeriksaan ke atas dokumen. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Pasukan peguam mewakili ibu Zara Qairina Mahathir melantik pakar tulisan sendiri bagi memeriksa dokumen yang dikaitkan dengan pelajar itu.

Jurucakap, Rizwandean M Borhan, berkata pihaknya sudah memohon kepada Mahkamah Koroner untuk membenarkan pakar mereka hadir membuat pemeriksaan ke atas 21 dokumen berkenaan.

Beliau menambah dokumen asal baru sahaja dibuka oleh saksi daripada Jabatan Kimia tadi.

“Kalau dilihat tadi pun, keterangan saksi hanyalah berhubung spesimen contoh tulisan,” katanya, lapor Harian Metro, selepas prosiding inkues kematian Zara Qairina hari ini.

Pemeriksa dokumen dari Jabatan Kimia, Nurul Atiqah Mohd Nor memberi keterangan mengenai 21 dokumen mengandungi tulisan tangan, masing-masing 15 helaian kertas, empat buku nota dan dua buku teks sekolah.

Terdahulu, media melaporkan bahawa Atiqah, dalam keterangannya kepada mahkamah, memaklumkan tulisan tangan orang lain ditemui dalam sebuah buku milik Zara Qairina.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.