Buku kanak-kanak angkat empati, penyembuhan melalui kisah pokok zaitun

Buku kanak-kanak angkat empati, penyembuhan melalui kisah pokok zaitun

The Olive Tree That Remembered ketengah pengalaman kanak-kanak terkesan konflik tanpa unsur keganasan dengan mesej empati, perlindungan dan harapan bersama.

Nurul Izzah Anwar melancarkan buku bergambar kanak-kanak The Olive Tree That Remembered di Putrajaya, hari ini.
PETALING JAYA:
Buku bergambar kanak-kanak The Olive Tree That Remembered dilancarkan hari ini yang menggabungkan penceritaan bermakna, sumbangan kemanusiaan dan ketelusan tadbir urus.

Buku itu ditulis Norashikin Abdul Latiff manakala diilustrasikan oleh WarnaKala Studios serta dicetak oleh Nasyrul Quran.

Norashikin berkata, buku itu mengisahkan sebatang pokok zaitun tua yang menyaksikan perubahan hidup di sekelilingnya dan membawa pembaca melalui suasana aman, sebelum berdepan kehilangan dan ketidaktentuan.

“Tanpa gambaran keganasan, naratif dan ilustrasi digunakan bagi membantu kanak-kanak memahami perubahan mendadak dalam kehidupan serta kehilangan rasa selamat.

“Penceritaan ini memberi tumpuan kepada empati dan pengalaman kanak-kanak yang terkesan akibat konflik dan pemindahan di pelbagai tempat di dunia.

“Ia turut menggambarkan proses penyembuhan dan pembinaan semula, sambil menekankan bahawa perlindungan terhadap kanak-kanak adalah tanggungjawab bersama,” katanya.

Buku itu dilancarkan oleh Pengerusi Eksekutif Polity dan Penasihat Kehormat, Malaysian Humanitarian Aid and Relief (Mahar) Nurul Izzah Anwar.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.