
Ketua Polis Selangor Shazeli Kahar berkata sebarang spekulasi berhubung punca kejadian, termasuk dakwaan wujudnya unsur buli adalah terlalu awal untuk disahkan.
“Buat masa ini, polis sedang mengumpul keterangan daripada saksi-saksi dan individu yang berkaitan,” menurut kenyataan.
Shazeli berkata kertas siasatan dibuka bawah Seksyen 31(1) Akta Kanak-kanak sejurus menerima laporan, berhubung kejadian melibatkan seorang pelajar lelaki Tingkatan 3 yang dilaporkan terjatuh di sebuah sekolah.
“Siasatan akan dijalankan dari pelbagai sudut, termasuk aspek keselamatan pelajar, pengurusan asrama, serta latar belakang sosial mangsa dan rakan-rakan sekillingnya,” katanya.
Shazeli berkata polis komited menjalankan siasatan secara telus dan menyeluruh, dan sebarang perkembangan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.