Bekas guru didakwa buat hantaran palsu mengenai PM

Bekas guru didakwa buat hantaran palsu mengenai PM

S Chandrasegaran bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan itu.

shah alam court
S Chandrasegaran yang didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam berdepan denda maksimum RM50,000 dan penjara lima tahun, jika sabit kesalahan.
SHAH ALAM:
Seorang bekas guru mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan membuat hantaran palsu mengenai Perdana Menteri Anwar Ibrahim di TikTok.

S Chandrasegaran didakwa mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana membuat video mengandungi ‘kandungan palsu’.

Video yang didakwa telah dimuat naik pada 30 Dis 2024.

Jika sabit kesalahan, Chandrasegaran berdepan denda sehingga RM50,000, penjara sehingga lima tahun, atau kedua-duanya sekali.

Hakim Nor Hasniah Razak membenarkan Chandrasegaran diikat jamin RM7,000 dengan seorang penjamin.

Beliau juga memerintahkan dia menyerahkan pasportnya kepada mahkamah sementara menunggu kes selesai.

Terdahulu, peguam Chandrasegaran Muhammad Nor Tamrin memohon mahkamah mengenakan jaminan minimum dengan alasan anak guamnya adalah pesakit kanser.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurul Sofea Jaysal.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.