NZ Wheels tetap penanda aras industri pengedaran kereta mewah

NZ Wheels tetap penanda aras industri pengedaran kereta mewah

NZ Wheels menetapkan piawaian baharu dengan perkhidmatan bertaraf dunia dan diiktiraf, acara interaktif serta bilik pameran diperbaharui di Bangsar.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Automotif Naza Mohd Rizal Jailan berkata NZ Wheels fokus kepada inovasi berasaskan pengalaman dan mengubah budaya pemilikan kereta premium di Malaysia.
PETALING JAYA:
Jika anda bercita-cita untuk memiliki sebuah kereta Mercedes-Benz, inilah masa terbaik merealisasikannya.

NZ Wheels harus menjadi pilihan utama kerana keunggulan, prestij dan kecemerlangan dalam bidang automotif dengan tiga pencapaian besar yang mendapat perhatian seluruh negara.

Selepas dinobatkan sebagai Retail Partner of the Year 2024 di Johor Bahru, NZ Wheels meneruskan kejayaan dengan menganjurkan acara Naza Automania Volume 2 dan menaik taraf bilik pamerannya di Bangsar.

Menetapkan piawaian cemerlang di Johor Bahru

Kecemerlangan, konsistensi dan perkhidmatan yang mengutamakan pelanggan menjadikan NZ Wheels Johor Bahru antara premis terbaik bawah Mercedes-Benz Malaysia.

“Dedikasi pasukan kami terhadap kepuasan pelanggan, kecekapan operasi dan penglibatan aktif bersama komuniti memainkan peranan penting,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Automotif Naza Mohd Rizal Jailan.

Naza Automania: Bukan sekadar pameran kereta tapi gaya hidup

Naza Automania Volume 2 bukan sekadar pertunjukan automotif tetapi satu gaya hidup yang menyeluruh.

Dianjurkan Kumpulan Automotif Naza, acara ini menghimpunkan rangkaian model terkini Mercedes-Benz termasuk model terpakai yang berkualiti selain peluang dalam sesi pandu uji serta kios interaktif.

“Inilah platform pencinta kereta dan pelanggan baharu berinteraksi.

“Ia menjadi ruang untuk kami memperkenalkan diri kami sebagai jenama mengutamakan pelanggan dan pengalaman,” kata Rizal.

Berbekalkan pengalaman dalam industri melebihi 50 tahun, NZ Wheels cakna kepentingan berinteraksi dengan komuniti pengguna kereta mewah.

Justeru, pelawat bilik pameran mereka berpeluang menikmati pengalaman eksklusif.

Bilik pameran Bangsar: Wajah baharu lebih berprestij

Walaupun anugerah dan acara sering menjadi tumpuan, NZ Wheels juga mengubah wajah bilik pamerannya menjadi lebih moden.

Bilik pameran NZ Wheels di 61 Jalan Ara, Bangsar Baru, kini menawarkan reka bentuk minimalis, paparan digital interaktif dan suasana mewah.

Ini mencerminkan misi NZ Wheels untuk memberi pengalaman elegan dah mudah bagi pelanggannya.

Bilik pameran ini juga mempunyai zon khas untuk model mewah, ruang konsultasi peribadi dan susun atur menonjolkan koleksi terbaik jenama ini.

“Kami berbangga untuk menaik taraf ruang ini sebagai Global Mercedes-Benz Top-End Vehicle Showroom, dengan model seperti AMG, G-Wagon, dan Mercedes-Maybach sebagai tarikan utama,” kata Rizal.

Pengalaman bersama NZ Wheels bukan sekadar beli kereta

Dalam pasaran kompetitif, NZ Wheels mahu memastikan pelanggannya menikmati pengalaman eksklusif.

NZ Wheels merangkumkan penawaran perkhidmatan terbaik, hubungan komuniti dan inovasi dalam satu pakej.

Sama ada membeli Mercedes-Benz baharu, meneroka pilihan kereta terpakai yang pelbagai dan berkualiti tinggi atau sekadar untuk sesi konsultasi, NZ Wheels akan memastikan pelanggannya menerima layanan terbaik.

Jadi tunggu apa lagi, kunjungi segera NZ Wheels Johor Bahru, nikmati pengalaman terbaik di bilik pameran Bangsar yang dinaik taraf atau nantikan Naza Automania akan datang.

Di NZ Wheels, kereta baharu anda adalah satu pengalaman hidup yang lebih hebat.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.