
NZ Wheels Johor Bahru adalah destinasi terbaik bagi peminat Mercedes-Benz di wilayah selatan yang mencari perkhidmatan automotif tanpa tandingan.
Sebagai pengimport CBU rasmi dan rakan runcit sah Mercedes-Benz Malaysia, NZ Wheels menyediakan segala keperluan pembelian dan penyelenggaraan kenderaan Mercedes anda di lokasi strategik.
Bukan sekadar bilik pameran, ia juga menawarkan pusat servis lengkap untuk memastikan setiap aspek pemilikan kenderaan pelanggan, daripada pembelian sehingga servis selepas jualan diuruskan dengan sempurna.
Perkhidmatan berpusatkan pelanggan

Di NZ Wheels Johor Bahru, pelanggan adalah keutamaan. Pasukan NZ Wheels sentiasa berusaha memberikan pengalaman pemilikan yang holistik kepada pelanggan mereka. Antara perkhidmatan ditawarkan termasuk konsultasi profesional mengenai model tersedia oleh pakar perunding, penilaian kompetitif untuk pertukaran kenderaan, serta pakej kewangan yang sesuai mengikut keperluan pelanggan.
Bilik pameran di Johor Bahru itu juga mempamerkan pelbagai model Mercedes-Benz, termasuk model pandu uji untuk membantu pelanggan memilih kenderaan ideal mereka.
Pengalaman pemilikan yang holistik
Pasukan juruteknik dan perunding NZ Wheels komited memastikan anda dan kenderaan anda mendapat penjagaan terbaik. Sama ada untuk penyelenggaraan rutin atau pembaikan yang kompleks, setiap pelanggan dilayan dengan profesionalisme yang tinggi.
Kenderaan anda akan diselenggara oleh juruteknik terlatih Mercedes-Benz Malaysia yang dilengkapi peralatan dan pengetahuan terkini untuk menyelenggara model Mercedes-Benz terbaru. Pasukan ini juga terdiri juruteknik bertauliah tahap 4 yang mahir dalam mengendalikan sistem voltan tinggi untuk model Mercedes-Benz dengan penuh kepakaran.

Antara perkhidmatan automotif eksklusif ditawarkan termasuk Mercedes-Benz Certified & Paint, yang memastikan kenderaan anda dikembalikan kepada kemasan premium seperti asal menggunakan teknik diiktiraf oleh pihak kilang. Selain itu, pelanggan juga dapat menikmati akses kepada alat ganti tulen Mercedes-Benz dan waranti lanjutan untuk perlindungan tambahan, bagi memberikan ketenangan fikiran kepada pelanggan dalam menjaga komponen utama kenderaan mereka.
Pelanggan boleh menggunakan perkhidmatan eksklusif Drop and Go, yang membolehkan kenderaan dihantar ke pusat servis pada bila-bila masa. Perkhidmatan 24 jam juga tersedia untuk bantuan kecemasan yang boleh mengambil kenderaan anda di mana sahaja. Bagi mereka yang sibuk, ‘Express Service’ memastikan kerja penyelenggaraan disiapkan dalam masa 60 minit sahaja.
Perkhidmatan pelanggan yang luar biasa
Setiap kunjungan ke bilik pameran NZ Wheels Johor Bahru menjanjikan perkhidmatan pelanggan yang luar biasa. Di ruang istimewa Star Lounge, anda boleh berehat dengan selesa sambil menikmati layanan istimewa dan meneroka pakej penyelenggaraan menarik untuk memastikan kenderaan anda sentiasa berada dalam keadaan terbaik.
Dengan pengalaman lebih 30 tahun, NZ Wheels dikenali di seluruh Malaysia kerana perkhidmatan automotifnya yang cemerlang serta komitmen mereka terhadap kepuasan pelanggan. Membeli kenderaan Mercedes-Benz di NZ wheels Johor Bahru bukan sekadar memiliki kenderaan mewah — ia adalah pengalaman menikmati kemewahan dan prestasi bertaraf dunia, disokong oleh pasukan berdedikasi memastikan setiap kunjungan anda seistimewa kenderaan yang anda pandu.
Untuk maklumat lanjut, klik di sini.