Miliki Mercedes-Benz baharu dengan pelan pembiayaan fleksibel Agility+

Miliki Mercedes-Benz baharu dengan pelan pembiayaan fleksibel Agility+

Agility+ Mercedes-Benz menawarkan pelan pembiayaan fleksibel mengikut keperluan dan kehendak pelanggan.

Miliki kereta Mercedes-Benz baharu dengan bayaran bulanan lebih rendah melalui pelan Agility+.
PETALING JAYA:
Mercedes-Benz menawarkan pelan pembiayaan paling fleksibel dan mudah bagi mereka yang ingin memiliki kereta mewah itu melalui Agility+.

Melalui Agility+ anda bukan sahaja dapat memilih pelan pembayaran mengikut bajet, malah berpeluang menukar kepada model Mercedes-Benz terbaharu pada penghujung tempoh kontrak.

Lazimnya pembiayaan kereta memerlukan bayaran muka dan ansuran bulanan tinggi bagi melunaskan keseluruhan nilai, namun dengan Agility+ anda boleh menikmati pembayaran ansuran bulanan lebih rendah.

Dengan menggabungkan kelebihan pinjaman dan pembiayaan kereta tradisional, anda dapat menikmati fleksibiliti sepenuhnya dalam menetapkan tempoh pembiayaan serta jumlah jarak perbatuan (mileage) kereta.

Agility+ juga menawarkan nilai masa depan kereta terjamin (GFV) yang ditetapkan berdasarkan pelan pilihan anda.

Contohnya, jika anda memilih tempoh pembiayaan selama tiga tahun sahaja dan jarak perbatuan sebanyak 10,000km setahun, pembayaran ansuran bulanan akan lebih rendah berbanding pembiayaan bank tradisional.

Pada penghujung tempoh kontrak, nilai kereta anda juga akan dijamin berdasarkan GFV yang ditetapkan tanpa mengira nilai pasaran sebenar. Kereta anda akan dilindungi oleh jaminan nilai yang dipersetujui tidak kira situasi ekonomi atau nilai jualan kereta.

Hanya caj minimum akan dikenakan jika jarak perbatuan anda melebihi had jumlah ditetapkan.

Selain itu, Agility+ membolehkan anda memilih untuk menyimpan, memulangkan atau menukar kereta pada penghujung tempoh kontrak.

Anda boleh melunaskan baki nilai kereta bagi pemilikan penuh atau memulangkannya semula kepada Mercedes-Benz. Pelan ini juga memudahkan anda menukar kepada model Mercedes-Benz terkini.

Anda juga boleh membeli kenderaan elektrik (EV) tanpa risau mengenai kadar susut nilai, kerana Agility+ dapat mengurangkan kos pendahuluan, melindungi nilai kereta untuk masa depan dan membuka peluang bagi anda menikmati model EV terbaharu.

Komitmen terhadap kepuasan pelanggan

Mercedes-Benz menawarkan servis yang tiada tandingan dengan Agility+.

Dengan setiap pelan Agility+, anda dapat menikmati pelbagai pakej tambahan seperti Star Protect, sokongan insurans, caj kredit dan banyak lagi.

Pelan ini juga menawarkan MobilityPlus iaitu pakej istimewa yang menyediakan kenderaan gantian jika kereta anda perlu berada di bengkel melebihi 48 jam. Ini merangkumi situasi seperti servis, tuntutan waranti atau kemalangan tanpa kos tambahan.

Pilih pelan Agility+ yang terbaik dengan bantuan pakar daripada NZ Wheels.

Melalui bantuan jurujual NZ Wheels yang terlatih dan profesional, proses pemilihan pakej Agility+ anda pasti lebih lancar dan teliti.

Kunjungi bilik pameran NZ Wheels di Bangsar, Klang dan Johor Bahru untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Agility+ dan bagaimana pelan ini dapat memudahkan proses pemilikan Mercedes-Benz anda.

NZ Wheels telah membina reputasi dengan pelan pembayaran Agility+, menjadikannya pilihan utama bagi mereka yang ingin memiliki Mercedes-Benz di Malaysia.

Dapatkan maklumat lanjut tentang Agility+ di sini.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.