
Katanya, kerajaan mahu seramai mungkin rakyat mendiami rumah selesa dan selamat di bawah lima program.
Inisiatif berkenaan merangkumi program residensi Madani; perumahan penjawat awam; bantuan bina baharu rumah; dan perumahan mampu milik di bawah kerajaan negeri dan pemaju swasta.
“Inisiatif seperti Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) akan diperluas bagi membolehkan lebih ramai rakyat termasuk yang berpendapatan rendah dan sederhana mampu memiliki rumah sendiri,” katanya di Dewan Rakyat.
Katanya, peralihan kepada teknologi seperti ‘Industrialised Building System’ dan ‘Building Integrated Management’ akan membantu mempercepatkan pelaksanaan dan mengurangkan kos bina rumah, termasuk perumahan awam.