
Speaker Johari Abdul mengumumkan kelulusan itu selepas bacaan kali ketiga oleh Menteri Kewangan II Amir Hamzah Azizan, dan RUU tersebut mendapat sokongan majoriti Ahli Parlimen melalui undian suara, lapor Bernama.
Belanjawan 2026 merupakan belanjawan keempat di bawah kerajaan Madani dan yang pertama dilaksanakan di bawah kerangka Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13).
Bertemakan ‘Belanjawan Rakyat’, ia memperuntukkan perbelanjaan awam sebanyak RM470 bilion, termasuk RM338.2 bilion bagi perbelanjaan mengurus dan RM81 bilion bagi perbelanjaan pembangunan.
Belanjawan turut merangkumi pelaburan syarikat berkaitan kerajaan (RM30 bilion), kerjasama awam-swasta (RM10 bilion) serta badan berkanun persekutuan dan syarikat Menteri Kewangan Diperbadankan (RM10.8 bilion).