Mayat berulat, terikat kaki tangan ditemukan di tepi landasan KTM

Mayat berulat, terikat kaki tangan ditemukan di tepi landasan KTM

Usaha kenal pasti identiti mangsa masih dijalankan, menurut polis.

mayat tangan kaki terikat
Polis terima maklumat berhubung penemuan mayat tanpa identiti di tepi landasan KTM Kampung Sungai Serian kira-kira 10.30 pagi tadi. (Gambar PDRM)
PETALING JAYA:
Mayat seorang lelaki yang sudah berulat, dengan kaki dan tangannya terikat, ditemukan di tepi landasan KTM Kampung Sungai Serian, Kalumpang, hari ini.

Memetik sumber, Berita Harian melaporkan, polis menerima maklumat berhubung penemuan mayat tanpa identiti itu kira-kira 10.30 pagi tadi.

“Susulan itu, pasukan dari IPD Hulu Selangor bergegas ke lokasi. Pasukan forensik turut digerakkan ke lokasi bagi menjalankan siasatan,” katanya.

Usaha mengenal pasti identiti mangsa masih sedang dijalankan.

Penemuan mayat itu disahkan oleh Ketua Polis Selangor Shazeli Kahar yang berkata, kenyataan media berhubung perkara itu akan dikeluarkan oleh ketua polis Hulu Selangor.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.