Budak maut dipercayai akibat methadone, polis tahan ibu kandung

Budak maut dipercayai akibat methadone, polis tahan ibu kandung

Seorang budak lelaki berusia 11 tahun maut, manakala 2 adiknya dalam keadaan kritikal.

handcuff
Ketua Polis Selangor Shazeli Kahar sahkan penahanan seorang wanita berusia 35 tahun susulan kematian seorang budak lelaki 11 tahun pagi tadi. (Gambar Freepik)
PETALING JAYA:
Polis menahan ibu kepada tiga kanak-kanak yang dipercayai diberi minum cecair berbahaya methadone, menyebabkan seorang daripada mereka maut.

Ketua Polis Selangor Shazeli Kahar mengesahkan kes dan penahanan wanita berusia 35 tahun itu.

“Ya saya sahkan kejadian seorang kanak-kanak maut dan dua lagi sedang dirawat di hospital.

“Ibu mereka kini ditahan untuk siasatan lanjut,” katanya, lapor Berita Harian.

Terdahulu dilaporkan seorang budak lelaki berusia 11 tahun maut, manakala dua adiknya masing-masing berusia sembilan dan lima tahun dilaporkan dalam keadaan kritikal setelah dipercayai diberikan methadone oleh ibu kandung mereka pagi tadi.

Kejadian didakwa berlaku di sebuah kediaman di Sungai Ramal Baru, dengan tiga beradik itu dikejarkan ke hospital dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Media sebelum ini memetik sumber berkata, polis dimaklumkan mengenai kejadian pada kira-kira 9 pagi oleh pegawai perubatan Hospital Tengku Permaisuri Norashikin (HTPN).

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.