
PETALING JAYA: Kerajaan sasar pewujudan 1.2 juta pekerjaan baharu dalam sektor pembuatan selain bidang ekonomi digital, termasuk melahirkan huffaz teknokrat Madani.
Perdana Menteri Anwar Ibrahim, berkata dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13), kerajaan menyasarkan pewujudan 700,000 peluang pekerjaan baharu dalam sektor pembuatan dan 500,000 lagi penciptaan karier dalam bidang ekonomi digital.
Katanya, bagi menggalakkan penyertaan belia, kerajaan akan memperkenal Skim Pembiayaan Perkasa TVET Madani dan Dana Latihan TVET.
“Selain itu, penawaran program TVET turut diperluas kepada pelajar tahfiz bagi melahirkan huffaz teknokrat Madani yang mempunyai nilai tambah kepakaran teknikal,” katanya di Dewan Rakyat.