
Ketua Polis Kemaman, Mohd Razi Rosli berkata lelaki berusia 41 tahun itu menyertai pelaburan berkenaan setelah diperkenalkan oleh seorang kenalan WhatsApp wanita dari Indonesia.
Beliau berkata mangsa yang tertarik dengan pulangan tinggi telah membuat 10 transaksi ke tiga akaun bank berbeza berjumlah RM82,196 dari tempoh 10 hingga 27 Julai lepas.
“Mangsa membuat laporan petang semalam selepas tidak menerima sebarang keuntungan daripada pelaburan terbabit,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya menyemak maklumat syarikat berkait pelaburan dengan Bank Negara Malaysia (BNM) dan juga Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) terlebih dahulu.