10 lagi ditahan berkait kes bunuh di Sg Bakap

10 lagi ditahan berkait kes bunuh di Sg Bakap

Ketua Polis Pulau Pinang Azizee Ismail berkata semua suspek ditahan dalam serbuan berasingan di Seberang Perai Selatan dan Taiping, Perak semalam, menjadikan 14 orang ditangkap setakat ini.

Azizee Ismail
Ketua Polis Pulau Pinang Azizee Ismail berkata semua suspek dipercayai ahli kongsi gelap yang aktif di negeri itu dengan 10 daripadanya mempunyai rekod kesalahan jenayah dan dadah. (Gambar Bernama)
NIBONG TEBAL:
Polis menahan 10 lagi individu kerana disyaki terlibat dalam kes seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera selepas diserang sekumpulan lelaki bertopeng yang bersenjatakan objek tajam di sebuah restoran di Sungai Bakap di sini, Selasa lepas.

Ketua Polis Pulau Pinang, Azizee Ismail, berkata semua suspek ditahan dalam serbuan berasingan di Seberang Perai Selatan dan Taiping, Perak semalam, menjadikan 14 orang ditangkap setakat ini termasuk empat yang ditahan dalam tempoh 48 jam selepas kejadian.

“Kesemua 14 suspek berusia antara 24 hingga 54 tahun serta dipercayai ahli kongsi gelap yang aktif di Pulau Pinang dengan 10 daripadanya mempunyai rekod kesalahan jenayah dan dadah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Azizee berkata hasil risikan, polis turut menggempur beberapa kawasan dipercayai tempat berkumpul ahli kumpulan itu bagi mengesan baki suspek yang terlibat dalam kejadian itu.

Pada 4.30 petang Selasa, tiga mangsa yang merupakan peniaga diserang lebih 15 lelaki semasa sedang minum di sebuah restoran menyebabkan seorang maut manakala dua lagi cedera termasuk seorang kritikal, namun kini dilaporkan dalam keadaan stabil.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.