
PETALING JAYA: Tiga kenderaan dan dua gerai rosak selepas sebuah silinder gas helium yang digunakan untuk mengisi belon meletup di Medan Selera Sungai Ramal, Kajang tengah hari tadi.
Ketua Polis Kajang Naazron Abdul Yusof berkata pihaknya menerima laporan mengenai letupan itu pada 1 tengah hari tadi dan tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan.
“Kejadian ini menyebabkan dua gerai rosak teruk dan tiga kenderaan mengalami pelbagai kerosakan.
“Siasatan setakat ini mendapati kejadian tidak melibatkan sebarang unsur jenayah,” katanya dalam satu kenyataan.
Menurutnya, punca kejadian dan nilai kerugian masih dalam siasatan.
Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian boleh menghubungi Ketua Balai Polis Kajang, Shisheewady Ruzani di talian 016-8565670.