
Majistret Arunjothy Selvaraju menjatuhkan denda tersebut ke atas Li Zhechen selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan di bawah Seksyen 5(1) Akta Kawasan Larangan dan Tempat Larangan 1959.
Seksyen itu memperuntukkan hukuman maksimum denda RM1,000 atau penjara dua tahun jika sabit kesalahan.
Li turut diperintahkan menjalani hukuman penjara sebulan sekiranya gagal membayar denda.
Menurut fakta kes, Li pada 9 Julai memasuki kawasan Parlimen untuk mengambil gambar dan video. Dia kemudiannya ditangkap anggota polis yang bertugas pada hari kejadian.
Semasa rayuan hukuman, peguam Li, Lee Ewe Kiang, memohon maaf kepada mahkamah bagi pihak anak guamnya.
Timbalan Pendakwa Raya Adiba Iman Hassan memohon mahkamah menjatuhkan hukuman berbentuk pengajaran.