
Baginda mengingatkan MA63 menyatukan Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak sebagai sebuah negara, maka para wakil rakyat hendaklah lebih berhati-hati supaya tidak menghasut sampai wujud ketegangan antara wilayah.
“Kita sewajarnya kembali kepada niat asal pembentukan Malaysia, iaitu perpaduan dan hormat-menghormati serta kerjasama erat antara negeri-negeri dan kerajaan persekutuan,” titah baginda semasa merasmikan pembukaan sesi Dewan Rakyat bagi tahun ini.
Sultan Ibrahim mahu sebarang perbezaan pandangan diselesaikan secara matang, dan bukan menerusi kebencian atau syak wasangka.
“Hakikatnya, hak-hak negeri perlu sentiasa dihormati. Namun begitu, kepentingan Malaysia secara bersama hendaklah sentiasa diutamakan,” katanya.
Dalam pada itu, baginda mengingatkan para wakil rakyat bahawa setiap perbahasan, keputusan, dan undian yang dibuat di dalam Dewan Rakyat bakal menentukan masa depan negara.
Baginda menggesa para wakil rakyat melaksanakan tugas dengan amanah, bijaksana, dan tanggungjawab demi kepentingan seluruh rakyat.
Kerajaan perpaduan menubuhkan Majlis Tindakan Pelaksanaan MA63 untuk menyelesaikan beberapa perkara dan tuntutan berdasarkan perjanjian tersebut.
Bulan lalu, Timbalan Perdana Menteri Fadillah Yusof menyatakan 19 perkara telah dipersetujui, termasuk penyerahan Sabah Electricity Sdn Bhd kepada kerajaan negeri.
Putrajaya edang menyemak semula tuntutan Sabah ke atas 40% hasil persekutuan yang diperoleh di negeri itu, antara lain.