
Rafizi berkata, Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man sebelum ini ada menetapkan syarat kepadanya supaya berhimpun dengan mereka sebelum Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) menyokong syor penubuhan suruhanjaya diraja berkait isu terbabit.
Menurutnya, namun selepas dikecam Ketua Penerangan Ahmad Fadhli Shaari pula menyebut itu bukan pendirian PAS yang didakwanya menyokong cadangan terbabit.
“Sehari selepas itu, Takiyuddin Hassan (setiausaha agung) pusing lagi kata pembangkang menolak cadangan itu. Dalam seminggu, PAS berubah pendirian 3 kali.
“Ini mirip kepada kebolehan PAS menjatuhkan hukuman yang berbeza-beza mengikut keadaan, asalkan boleh tunggang,” kata bekas timbalan presiden PKR di Facebook.
Menurut bekas menteri ekonomi itu, isu kebebasan badan kehakiman ini sepatutnya diberi perhatian oleh semua pihak tanpa mengira laba politik.
“Akhirnya, yang lebih lantang bersuara adalah backbencher kerajaan sebab pembangkang hanya berminat untuk tebuk atap supaya mereka boleh jadi menteri balik.
“Memang susah tidak menunggang kalau satu-satunya strategi politik yang ada adalah menunggang. Tapi hati-hati, kalau PAS salah tunggang, nanti nampak bangang,” katanya.