Gaduh di Genting, polis cari suspek

Gaduh di Genting, polis cari suspek

Kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh menggunakan senjata.

gaduh genting skyavenue
Tangkap layar video memaparkan pergaduhan melibatkan sekumpulan lelaki di Genting Highlands.
KUANTAN:
Polis membuka kertas siasatan susulan video tular di media sosial berhubung satu pergaduhan melibatkan sekumpulan lelaki yang dipercayai berlaku di Sky Avenue, Genting Highlands, semalam.

Ketua Polis Bentong Zaiham Mohd Kahar berkata pihaknya menerima dua laporan polis mengenai kejadian itu, pada 11.49 pagi dan 12.50 tengah hari tadi.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh menggunakan senjata. Siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti suspek yang terlibat dalam kejadian ini,” menurut kenyataan.

Polis memohon kerjasama daripada mana-mana individu yang terlibat atau mempunyai maklumat berkenaan kejadian itu untuk tampil membantu siasatan.

Polis juga menyeru orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian tersebut bagi mengelakkan kekeliruan, memandangkan kes masih dalam siasatan.

Semalam, tular sebuah video di media sosial memaparkan pergaduhan melibatkan sekumpulan lelaki di kawasan Sky Avenue, Genting Highlands.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.